Pengeluaran Wang EMAS, PERAK MALAYSIA
Pengeluaran Duit Syiling Peringatan "Songket - Seni Warisan Agung"
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan "Songket - Seni Warisan Agung", inspirasi daripada usaha promosi yang dimulakan oleh Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Duit syiling peringatan ini akan dilancarkan pada 14 Februari 2006 oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Sri Pentas Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Ketiga-tiga duit syiling ini sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut: - Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat bagi setiap keping ialah 8.6 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan akan dijual pada harga RM1,028 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad sebanyak 150 keping sahaja.
- Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 ini, diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 925 dan beratnya ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada harga RM138 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad sebanyak 200 keping sahaja.
- Duit Syiling Peringatan Dwilogam (kilat istimewa)
Duit syiling dwilogam ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 20,000 keping sahaja.
Reka Bentuk Duit Syiling
Kesemua jenis duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Duit syiling Songket ini mempunyai reka bentuk hadapan yang sama dengan menggambarkan corak Songket dengan perkataan "Songket Seni Warisan Agung" dan "Songket The Regal Heritage". Bahagian belakang duit syiling ini pula memaparkan nilai muka dan satu daripada tiga motif popular yang biasa digunakan pada Songket. Duit syiling emas menggambarkan motif Tampuk Kesemak, manakala duit syiling perak pula menggambarkan motif Bunga Bintang dan duit syiling dwilogam menggambarkan motif Bunga Ketola.Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan mula dijual mulai 8 Mac 2006 di lokasi-lokasi berikut:- The Royal Mint of Malaysia
Kompleks Kilang Wang
Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(Tel. No: 03 - 55191611/2/3)
- Sistem Televisyen Malaysia Berhad
Sri Pentas
No. 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling
Selangor Darul Ehsan
(Tel. No: 03 – 7726 6333)
- Muzium Matawang
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Tel. No: 03 - 26988044)
Lampiran I
PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN "SONGKET - SENI WARISAN AGUNG" Spesifikasi TeknikalJenis | Logam | Nilai Muka (RM) | Harga Jualan (RM) | Kuantiti Tempaan (keping/set) | Garis-pusat (mm) | Berat (gram) | Bentuk |
Emas Peruf | Emas (Au999.9) | 100 | 1,028 | 150 | 22.0 | 8.6 | Bulat dengan sisi bergerigi |
Perak Peruf | Perak Sterling (Ag925) | 10 | 138 | 200 | 35.7 | 21.7 | Bulat dengan sisi bergerigi |
Dwilogam | Cu75 Ni25 | 1 | 8 | 20,000 | 26.50 | 8.15 | Bulat dengan sisi bergerigi |
Set 2 dalam1 | 11 | 188 | 150 | ||||
Set 3 dalam1 | 111 | 1,268 | 150 |
(i) Set 2 dalam1 mengandungi duit syiling peruf perak dan dwilogam.
(ii) Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling peruf emas, perak dan dwilogam.
Bank Negara Malaysia
14 Februari 2006
ANALISIS
Jika Dilihat antara emas dan perak, walaupun nilainya agak rendah berbanding emas, tetapi kuantitinya lebih banyak dari emas dan harganya murah berbanding emas. Jika ianya dibeli dalam kuantiti yang banyak kemungkinan besar nisbah 1 emas bersamaan 5 perak...
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama