Ahad, 7 Ogos 2011

Hardware And Software

Hardware

Hardware yang digunakan adalah seperti berikut:
Komputer::sebagai alat untuk muka forex



 Brodband::Sebagai rangkaian jalur lebar internet.

Software:
Software yang digunakan dalam urusniaga forex adalah seperti berikut
Mozilla Firefox::



Windows 7


Instaforex


I-Mualamat


Sabtu, 16 Julai 2011

TIPS


Tips Nak menjana pendapatan dengan perak:

1.Menyimpan Perak

Perak yang disimpan berupaya untuk mencapai pertambahan nilai berdasarkan penyusutan nilai matawang serantau. Penyusutan berlaku antaranya disebabkan oleh wujudnya penambahan kualiti matawang hasil dari proses mencetak wang, inflasi harga barang, spekulasi di dalam pasaran matawang dunia dan sebagainya.

2.Menjual Perak Kepada Pelanggan

Dengan menjual emas yang telah dibeli pada nilai pasaran apabila berlaku kenaikkan harga, anda mampu untuk mendapatkan keuntungan. Untuk membelinya semua tidak akan sama dengan harga asal, kerana harganya sentiasa berubah, jadi perlu beli ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.

3.Membeli Perak Daripada Pelanggan

Dengan membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga pasaran apabila keadaan memerlukan, boleh menjana keuntungan.

Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan, seperti pertukaran nilai matawang menggunakan teknologi terkini iaitu Forex yang meliputi seluruh negara tetapi jual beli tidak dilakukan hari sabtu dan ahad.

Al-Quran & Sunnah telah mengiktiraf emas dan perak sebagai instrumen bernilai untuk dijadikan harta oleh manusia. Pengesahan ini pula telah pula direalisasikan melalui peredaran zaman dari dahulu sehingga sekarang.  Janji kejayaan daripada Allah sudah mencukupi untuk dijadikan panduan. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 51:
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulnya, supaya menjadi Hakim memutuskan sesuatu diantara mereka, hanyalah berkata: "Kami dengar dan kami taat" dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan".

 

Analisis Kekuatan Perak

Kemampuan Perak boleh disamakana dengan kemampuan Emas, yang membezakan adalah nilai.
sebagai contoh sekiranya nilai mata wang dunia terjejas dengan faktor bencana alam maka secara tidak langsung nilai emas dan perak akan jatuh sepertimana gempa bumi Tsunami, begitu juga dengan gempa bumi di Jepun telah menjatuhkan matawang negara tersebut. selain itu permintaan yang kurang juga boleh menjadi faktor kejatuhan nilai matawang perak, seperti permintaan lebih kepada emas dan permintaan kepada pasaran perak kurang, secara tidak langsung akan menjatuhkan nilai matawang tersebut. selain itu dalam sasaran ekonomi terbahagi kepada 4 kuata mengikut pembahagian masa dalam 1 tahun(Q1,Q2,Q3,Q4). Dalam Q1 dan Q2 akan berlaku kejatuhan nilai perak kerana pada waktu itu akan berlaku lambakkan percetakkan nilai matawang USD Amerika syarikat dan nilai USD akan naik kerana nilainya yang murah, kemudian pada Q2 dan Q3 akan berlaku penurunan nilai USD dan nilai perak dan emas akan naik. Nilai Perak dan emas akan naik sekiranya USD turun atau amerika syarikat berhutang.

Harvest News: Harga emas kembali melonjak seiring dengan spekulasi krisis utang yang menghantam AS dan kawasan Eropa akan semakin tereskalasi. Tak hanya emas, harga perak juga meningkat karena investor menilai logam mulia adalah tempat investasi yang aman.

Lembaga pemeringkat Moody's Investor Services mengumumkan sedang mengkaji opsi untuk menurunkan peringkat negara adidaya tersebut. 
Opsi penurunan peringkat ini disebabkan belum adanya kesepakatan di anggota parlemen AS mengenai kebijakan untuk menaikkan batas utang negara yang bisa dinyatakan default.
Mathew Zaman, Strategis dari Kingsview Financial di Chicago mengungkapkan harga emas terus menguat ketika terjadi krisis utang, pelemahan dolar sehingga tingkat kepercayaan investor menurun terhadap mata uang kertas dan pemerintah," ujarnya pagi ini seperti dikutip dari Bloomberg.
Harga kontrak emas di Comex, New York untuk pengiriman Agustus menguat US$3,8 atau setara dengan 0,2% menjadi US$1.589,3 per ounce. Selain itu, harga perak untuk pengiriman September juga menguat US$0,543 menjadi US$38,694 per ounce.

Syiling Peruf!!!!

APA ITU SYILING PERUF (PROOF COIN)?

Syiling Peruf atau (proof coin) secara mudah bermaksud syiling yang mempunyai permukaan yang berkilau bagaikan cermin. Apabila melihat syiling peruf, anda akan dapat melihat bayangan anda sendiri. Syiling peruf bermaksud cara penempaan syiling tersebut dan BUKANNYA keadaan syiling tersebut. Oleh sebab itu, tiada pengredan seperti AU, BU, UNC, VF dan sebagainya sepertimana pengredan syiling bukan peruf. Syiling peruf kebiasannya didatangkan sekali dengan sijil perakuan untuk membuktikan bahawa syiling tersebut sememangnya syiling peruf.

Mengenal Syiling Perak Malaysia


Duit Syiling Peringatan (Silver Proof Coin) Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke-50 (2007) 

 

 Duit syiling pruff ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa. Dikeluarkan pada 30 Julai 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.



Reka Bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bangunan Sultan Abdul Samad dengan berlatarbelakangkan gambaran bangunan Parlimen, Menara Kuala Lumpur dan menara Berkembar Petronas. Gabungan reka bentuk empat bangunan ini menggambarkan kesinambungan dan kemajuan negara. Simbol rasmi perayaan terletak pada bahagian tengah atas duit syiling, manakala perkataan "SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN" tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.


Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan Jata Negara. Angka "1967" dan "2007" masing-masing tertera pada sebelah kiri dan kanan duit syiling untuk menandakan 50 tahun kemerdekaan. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian sisi atas duit syiling manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

Pengeluaran Wang EMAS, PERAK MALAYSIA


Pengeluaran Duit Syiling Peringatan "Songket - Seni Warisan Agung"
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan "Songket - Seni Warisan Agung", inspirasi daripada usaha promosi yang dimulakan oleh Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood. Duit syiling peringatan ini akan dilancarkan pada 14 Februari 2006 oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Sri Pentas Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Ketiga-tiga duit syiling ini sah diperlakukan (legal tender) dan mempunyai spesifikasi berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Emas (peruf)
    Duit syiling peruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat bagi setiap keping ialah 8.6 gram. Ia mempunyai nilai muka RM100 dan akan dijual pada harga RM1,028 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad sebanyak 150 keping sahaja.


  2. Duit Syiling Peringatan Perak (peruf)
    Duit syiling peruf yang mempunyai nilai muka RM10 ini, diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 925 dan beratnya ialah 21.7 gram setiap keping. Ia dijual pada harga RM138 sekeping. Kuantiti tempaan adalah terhad sebanyak 200 keping sahaja.


  3. Duit Syiling Peringatan Dwilogam (kilat istimewa)
    Duit syiling dwilogam ini mempunyai nilai muka RM1 dan dijual pada harga RM8 setiap satu. Kuantiti tempaan adalah sebanyak 20,000 keping sahaja.

Kesemua duit syiling ini juga terdapat dalam set 3 dalam 1 dan 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling peruf emas, perak dan dwilogam. Manakala set 2 dalam 1 mengandungi duit syiling peruf perak dan dwilogam. Kedua-dua set tersebut akan dijual masing-masing pada harga RM1,268 dan RM188. Butiran mengenai spesifikasi kesemua duit syiling peringatan ini adalah seperti di Lampiran I .

Reka Bentuk Duit Syiling

Kesemua jenis duit syiling peringatan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Duit syiling Songket ini mempunyai reka bentuk hadapan yang sama dengan menggambarkan corak Songket dengan perkataan "Songket Seni Warisan Agung" dan "Songket The Regal Heritage". Bahagian belakang duit syiling ini pula memaparkan nilai muka dan satu daripada tiga motif popular yang biasa digunakan pada Songket. Duit syiling emas menggambarkan motif Tampuk Kesemak, manakala duit syiling perak pula menggambarkan motif Bunga Bintang dan duit syiling dwilogam menggambarkan motif Bunga Ketola.

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dan akan mula dijual mulai 8 Mac 2006 di lokasi-lokasi berikut:
  • The Royal Mint of Malaysia
    Kompleks Kilang Wang
    Lot 2, Persiaran Selangor, Seksyen 15
    40000 Shah Alam
    (Tel. No: 03 - 55191611/2/3)


  • Sistem Televisyen Malaysia Berhad
    Sri Pentas
    No. 3, Persiaran Bandar Utama
    Bandar Utama
    47800 Petaling
    Selangor Darul Ehsan
    (Tel. No: 03 – 7726 6333)


  • Muzium Matawang
    Bank Negara Malaysia
    Jalan Dato' Onn
    50480 Kuala Lumpur
    (Tel. No: 03 - 26988044)

Lampiran I

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN "SONGKET - SENI WARISAN AGUNG" Spesifikasi Teknikal
Jenis Logam Nilai Muka (RM) Harga Jualan (RM) Kuantiti Tempaan (keping/set) Garis-pusat (mm) Berat (gram) Bentuk
Emas Peruf Emas (Au999.9) 100 1,028 150 22.0 8.6 Bulat dengan sisi bergerigi
Perak Peruf Perak Sterling (Ag925) 10 138 200 35.7 21.7 Bulat dengan sisi bergerigi
Dwilogam Cu75 Ni25 1 8 20,000 26.50 8.15 Bulat dengan sisi bergerigi
Set 2 dalam1
11 188 150
Set 3 dalam1
111 1,268 150
Nota:
(i) Set 2 dalam1 mengandungi duit syiling peruf perak dan dwilogam.
(ii) Set 3 dalam1 mengandungi duit syiling peruf emas, perak dan dwilogam.

Bank Negara Malaysia
14 Februari 2006 


ANALISIS 


Jika Dilihat antara emas dan perak, walaupun nilainya agak rendah berbanding emas, tetapi kuantitinya lebih banyak dari emas dan harganya murah berbanding emas. Jika ianya dibeli dalam kuantiti yang banyak kemungkinan besar nisbah 1 emas bersamaan 5 perak...

KAJIAN PEMBANGUNAN APLIKASI E-DAGANG

TAJUK KAJIAN : KAJIAN MATA WANG PERAK

Pengenalan : Menganalisis dalam matawang pertukaran mata wang dunia, adakah hanya emas menjadi fokus pelabur dalam pertukaran nilai matawang forex ataupun nilai matawang perak juga turun menjadi perhatian. Secara tidak langsung kajian ini adalah untuk menganalisa sejauhmanakah kemampuan nilai matawang perak dalam pasaran berbanding matawang yang lain.

Objektif : Mengenal nilai mata wang perak dengan lebih dekat dan kemampuan nilai matawang tersebut di pasaran .

Kaedah Yang Digunakan : Research Internet & Analysis The Fact

Abu Bakar Ibn ABi Maryam melaporkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar & Dirham(untuk diguankan)". Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Kebenaran Hadis dapat dilihat di negara zimbabwe sebagai permulaan. Rakyat zimbabwe sudah tidak mahu menerima wang fiat yang dikeluarkan oleh negara mereka sendiri disebabkan oleh 
berlakunya kejatuhan nilai yang besar dalam matawang tersebut. Bagi membeli sebuku roti, rakyat zimbabwe dikehendaki untuk mendapatkan 0.1 gram emas, manakala untuk mendapatkan 1 tin gandum, mereka perlu menukarkan dengan sejumlah 0.1 gram emas. Keadaan ini telah menyebabkan sebahagian rakyat zimbabwe terpaksa menjadi pelombong emas semata-mata bagi
mendapatkan emas sebagai medium pertukaran.

Video dibawah dapat mengambarkan keadaan tersebut

Pengenalan UMUM



SEJARAH

APA ITU DUIT?

Ada yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar ( emas) dan Dirham ( perak).
Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit.
Selain itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w.
Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini akan menyusul.
FUNGSI DUIT
Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggariskan berikut :-
1) Medium of exchange
Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama.
Dahulunya, orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar.
Sebagai contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta. Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak mengenali dan berada di kawasan berbeza?.
Sememangnya amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali. Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan masing-masing. Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu.
2) Store of value
Duit juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh masa dan boleh pula dirujuk.
Sebagai contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak. Akan diulas kemudian.
Sebagai contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru, harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu duit.
Dalam konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1 Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang.
3) Unit of account
Ia diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan berkesan.
Sebagai contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit. Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account.
Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :-
  1. Standardizable – nilainya boleh ditentukan dengan mudah.
  2. Diterima meluas – punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang.
  3. Divisible – Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran.
  4. Mobile – Mudah dibawa ke sana ke mari.
  5. Stable and durable – Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair.

BERKENAAN PENCIPTAAN WANG
Saya juga sertakan sedikit petikan berkenaan sejarah penciptaan wang ‘money creation’ agar kita dapat memahami hakikat duit kertas yang berada di dalam poket kita hari ini dan apakah pendirian Islam berkenaannya. Untuk memahami serba sedikit berkenaan duit kertas hari ini, beberapa perkara berikut mestilah difahami :-
1 )  SISTEM BRETTONS WOODS

Papan tanda Tempat Persidangan Bretton Woods
Perbincangan berkenaan matawang kertas sukar dipisahkan dari info berkenaan sistem Bretton Woods, ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). [1]
Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce (888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar.
Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar.
Persidangan Bretton Woods pada tahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.
Pada tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya.
Namun, masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. Sistem dan istilah ini MESTI difahami bagi melengkapkan kefahaman anda berkenaan penciptaan duit.
Perlu diketahui juga, bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.
2) FRACTIONAL RESERVE BANKING AND REQUIREMENT
Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:
The fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the funds deposited with them is a function of the banking business.
Banks borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn lend those funds to the banks’ borrowers (those in need of funds). Banks make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage interest rate) than is paid to depositors for use of their money.
If banks did not lend out their available funds after meeting their reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide safekeeping services for their money. For the economy and the banking system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits on hand has an important cumulative effect. Referred to as the fractional reserve system, it permits the banking system to “create” money. [2]
Justeru..
Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.
Investopedia mentakrifkannya sebagai A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system. [3]
Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, bakinya boleh dipinjamkan.
Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;
katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:
John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A.
Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.
Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabort secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.
Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali.
Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.
Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.
Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.
Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.
Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah.
Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran
 Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran
Nama Bank Jumlah disimpan Jumlah pinjaman diberikan Reserves
A 1000 800 200
B 800 640 160
C 640 510.2 120.8
D 510.2 400.96 100.24
E 400.96 320.77 80.19
F 320.77 260.21 60.55
G 260.21 200.97 50.24
H 200.97 160.78 40.19
I 160.78 130.42 30.36
J 130.42 100.74 20.68
K 100.74
Total Reserves:
890.26
Jumlah Keseluruhan Simpanan Keseluruhan yang dipinjamkan Total Reserves + Last Amount Deposited:
4570.05 3570.05 1000
Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.
Sila lihat graf ini pula:-

Graf Money Multiplier
Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.
Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa yang anda faham?
Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.

3) DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)

Setelah faham apa itu fractional reserve banking dan requirement, adalah lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi representative money sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
Ada yang berpendapat fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat. Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk penciptaan wang. Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi, pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan. Natijahnya fiat money dicipta.
Perkataan ‘fiat’ pula berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done’. Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air’ atau dari angin sahaja.
Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai
“Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith.” [4]
Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini?. Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya.
Jika tiba-tiba semua rakyat di dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka. nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia.
Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating’ mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.
Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.
Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.
Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.


4) DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTEREST PENYEBAB INFLASI

3 biji telur berharga 100 billion zimbabwe
 Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.
Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.
Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.
Bagi mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.
Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.
Beginilah, katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan wang kertas dalam pasaran)
Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air’ dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500.
Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000 sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.?
Jawapnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.
Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.
Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.
Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini.