Sabtu, 16 Julai 2011

Mengenal Syiling Perak Malaysia


Duit Syiling Peringatan (Silver Proof Coin) Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Yang ke-50 (2007) 

 

 Duit syiling pruff ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan beratnya ialah 21.0 gram sekeping. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10. Sebanyak 200 keping sahaja ditempa. Dikeluarkan pada 30 Julai 2007. Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.



Reka Bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan gambaran bangunan Sultan Abdul Samad dengan berlatarbelakangkan gambaran bangunan Parlimen, Menara Kuala Lumpur dan menara Berkembar Petronas. Gabungan reka bentuk empat bangunan ini menggambarkan kesinambungan dan kemajuan negara. Simbol rasmi perayaan terletak pada bahagian tengah atas duit syiling, manakala perkataan "SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN" tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.


Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan Jata Negara. Angka "1967" dan "2007" masing-masing tertera pada sebelah kiri dan kanan duit syiling untuk menandakan 50 tahun kemerdekaan. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertera pada bahagian sisi atas duit syiling manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama